1:35 AM

Aktiviti Bulan Ogos


10:28 PM

:: PENCAPAIAN - PERKHIDMATAN ::

GAGASAN 1 MALAYSIA

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar Kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan

saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Sumber: http://www.1malaysia.com.my/


PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009 dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

Sumber : Unit Perancang Ekonomi


10:24 PM

:: PENCAPAIAN - TEKNOLOGI ::

INISIATIF JALUR LEBAR KEBANGSAAN (NBI)


Inisiatif Jalur Lebar Negara atau NBI dilihat sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam ekonomi baru dan ketersediaan teknologi maklumat dan komunikasi menerusi penggunaan jalur lebar akan menjadi penyumbang besar kepada ekonomi. Jalur Lebar yang didefinisikan sebagai perkhidmatan sentiasa ada (always on), berkelajuan tinggi bagi membolehkan capaian kepada pelbagai aplikasi (seperti contoh e-Government, e-Commerce, muat turun muzik) dan boleh ditawarkan menggunakan pelbagai teknologi (Worldwide Interoperability for Microwave Access - WiMAX, High-Speed Downlink Packet Access - HSDPA, Digital Subscriber Line - DSL, dan lain-lain) kini dianggap sebagai satu keperluan.

Pelaksanaan NBI merupakan satu langkah yang tepat memandangkan ia merangkumi strategi-strategi pelaksanaan bagi kedua-dua aspek penawaran (supply) dan permintaan (demand) perkhidmatan jalur lebar. Berdasarkan Pelan Pelaksanaan tersebut, kesemua lapisan masyarakat di bandar, pinggir bandar dan luar bandar akan dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar.

Pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) secara komersial telah diadakan pada 24 Mac 2010 di Dataran Merdeka dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan pada pelancaran ini adalah seperti berikut:

• Pelaksanaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi;
• Penubuhan Pusat Internet Rakyat (PIR) di 138 premis premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang akan memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;
• Penyediaan e-Kiosk di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim seluruh negara;
• Peluasan liputan selular awam melalui pembinaan 873 menara telekomunikasi baru di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak; dan
• Pengagihan pakej komputer bersama perkhidmatan jalur lebar kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

10:18 PM

:: PENCAPAIAN - EKONOMI ::

KELUARAN DALAM NEGERI KASAR

Pada suku tahun pertama 2010, ekonomi Malaysia berkembang pesat dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 10.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini merupakan pengembangan terbesar dalam dekad ini setelah pencapaian dua digit pada suku pertama 2000 (11.7 peratus). Lonjakan ekonomi kali ini dipacu oleh prestasi memberangsangkan di dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Dari segi Perbelanjaan, pertumbuhan diterajui oleh Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar serta peningkatan Eksport.

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia




RANCANGAN MALAYSIA KE-10

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015 dirangka bagi mencarta perjalanan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Tema dan pendekatan baru RMKe-10 dirumuskan dalam bentuk 10 idea utama, seperti berikut:-

1. Ekonomi dipacu oleh faktor dalamnegeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara.

2. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa.

3. Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

4. Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang.

6. Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas.

7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

8. Menyokong perkongsian yang pintar dan berkesan.

9. Menghargai khazanah alam sekitar.

10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Sumber : Unit Perancang Ekonomi



MODEL EKONOMI BARU

Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan

Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi

langkah dasar yang relevan.

8 Inisiatif Pembaharuan Strategik dalam MEB adalah:-

1. Menyuburkan kembali sektor swasta

2. Membangun tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing

3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing

4. Mengukuhkan sektor awam

5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran

6. Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan

7. Meningkatkan sumber pertumbuhan

8. Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan


Subscribe to Feed


Text Widget